Jumaat, 2009 Julai 03

Malam Seni Rakyat ( Esok )


Tarikh : 04 Julai 2009 ( Sabtu )

Masa : 9.00 malam

Tempat :
Dewan Cempaka, Majlis Perbandaran Kajang,
(belakang Stadium Kajang berhampiran Medan Sate Kajang & Sate Hj. Samuri)

Masuk : Percuma

Karyawan : Lihat poster

Anjuran : CRG Communication & Pejabat ADUN Kajang

Nota : Dapatkan album terkini Nik yang berjudul C4 - LLPK esok. Untuk pengetahuan kamu, album dia diserbu orang Sg. Sumun, Jumaat lepas. Mintak dia tandatangan sekali di album tu. 20 tahun lagi album yang dia tandatangan tu akan jadi himpunan berharga kamu.

InsyaAllah, aku datang dengan bas esok. Ada sesiapa yang boleh tumpangkan aku ke sana dari Teluk Intan?

Pentas Kenangan

Di antara foto yang menjadi wajib tayang dek terkenangkan Mbah Wedok Ummi Anni yang sporting, sanggup berpayah berdiri untuk dirakam bersama mereka yang terlibat dalam Pentas Kita... Karya Kita... Diambil dari kamera jenamamanusia.

Khamis, 2009 Julai 02

Ba Alif Ba Ya


Makhluk tuhan di atas tu telah bawak banyak penyakit. Sejak zaman Nabi Nuh lagi. Jadi apabila kamu rasa kamu senang dengannya, kamu bela lah dia di kawasan rumah kamu. Lebih baik lagi di dalam rumah kamu.

Di dalam mengawal tahap kesihatan, semua orang telah 'berpakat' untuk sihat. Tiada siapa yang berpakat untuk melarat. Maka segala-mala 'pakat-pakatan' itu wajiblah untuk perkara-perkara yang menyihatkan.

Keputusan di tangan kamu samada untuk berpakat untuk sihat atau berpakat untuk melarat?

Gambar Pentas Kita... Karya Kita...

Beberapa keping gambar pada malam tersebut yang sempat aku ambil dengan kamera aku... Tak banyak termasuk gambar AirMas dan Abdullah Jones pasal aku tak sempat nak tangkap... Gambar-gambar lain yang lebih menyeluruh termasuk gambar-gambar orang kampong sekali belum aku terima daripada Anaz... nanti kalau dah dapat, akan aku upload...











Gambar-gambar Pentas Kita... Karya Kita yang lain juga boleh dilihat di sini.
Beberapa ulasan tentang ke'best'san Pentas Kita... Karya Kita... di sini, sini, sini, sini, sini dan sini...

Rabu, 2009 Jun 24

Peta Ke Pentas Kita... Karya Kita...

Peta dari pekan Hutan Melintang.

Alamat Penuh : F30, Parit 11 Batu 16, 36400 Hutan Melintang , Perak.

:: Jika dari KL, sila rujuk peta di sini.
:: Jika dari Butterworth, sila rujuk peta di sini.
:: Jika dari Ipoh, sila rujuk peta di sini.
:: Jika dari Bidor, sila rujuk peta di sini.

* Terdapat banner Pentas Kita... Karya Kita di hadapan lokasi acara.

Berita baik untuk pengunjung-pengunjung bahawa album penyanyi Nik yang berjudul C4-LLPK akan mula dijual dan Pentas Kita... Karya Kita menjadi lokasi sulung. Album seperti ini biasanya adalah terhad. Jadi kamu perlu datang sebelum kehabisan.

Nota : LLPK ni mungkin Lepak La Pak Karamu... =)

Rabu, 2009 Jun 17

Malam Seni - PENTAS KITA... KARYA KITA...

Pertama kali di Sungai Sumun, Bagan Datoh.

Anjuran BloggersNetwork@Perak dengan kerjasama LanteraJiwa


Tarikh :
26 Jun 2009 ( Jumaat )

Masa : 8.30 malam

Tempat :
Laman Teratak Budi Ust. Ariffin Ngah Nasution @ Pak Karamu
Sungai Sumun, Bagan Datoh, Perak.
( Selepas Stesen Minyak BHP Sungai Sumun )

Alamat Penuh :
F30, Parit 11 Batu 16, 36400 Hutan Melintang , Perak.

Masuk : Percuma

* Jamuan makan disediakan.

Para Seniman :
Pyanhabib, Meor, Nik, KulupSakah, Mohammad Hariry, AirMas, Mat Saman Kati, LanteraJiwa & BloggersNetwork@Perak.

Penghargaan kepada Pak Karamu atas budi tajaan tempat, pentas, cahaya, sistem bunyi & makanan.

** Kepada sesiapa yang berminat untuk bersama-sama menyertai malam seni ini dengan mempersembahkan bakat samada mendeklamasikan puisi atau mendendangkan lagu dengan diiringi muzik akustik (secara langsung), sila hubungi unsur cinta berahi, putus cinta dan apa-apa yang berkaitan dengan nafsu Adam dan Hawa. Keaslian karya ciptaan sendiri adalah diutamakan.

Nota : Poster dibikin oleh LanteraJiwa.

Isnin, 2009 Jun 15

Sajak Pertemuan Mahasiswa



Sajak yang paling inspiratif dan wajib didendangkan kepada semua mahasiswa dan orang muda.

Nota : Info asal dari KulupSakah.

Jumaat, 2009 Jun 12

Malam Seni Rakyat

Maklumat lanjut di sini...

Nota : Poster dibikin oleh Lanterajiwa. Terima kasih buat Cakap Rakyat Group atas kepercayaan.

Seniman & Masyarakat

Mungkin inilah yang cuba dirumuskan oleh Nur Hanim M. Khairuddin : "Bangsa seniman kini mengalami satu periode yang sangat menggusarkan bila mana hampir tiada penjanaan discourse (wacana) yang sihat dan mantap, yang boleh menyokong dan mengangkat pengkaryaan mereka."

Tambahnya, "... seniman berasa selesa hidup dalam konteks 'keluarga mereka sahaja, sendiri-sendiri menganggap mereka golongan elitis, merasakan diri sangat istimewa dan gifted dan berkarya untuk kepuasan nafsu berseni semata-mata, tanpa mengambil endah peranan besar seni itu sendiri dalam membina masyarakat yang ideal."

Tulisan dicuplik dari tajuk Seni Budaya : Majukah Kita Bersama BA (m/s : 126) dalam buku Patah Balek karya Fathi Aris Omar terbitan SIRD.

Isnin, 2009 Jun 01

Manusia Yang Kaya Harta Di Malaysia

Lihat senarai nama-nama di atas adakah di antaranya saudara, kenalan atau tetangga kamu? Kalau ada, jangan lupa tanyakan pada dia apa yang dia telah lakukan untuk memperbaiki hidup mereka yang telah kehilangan kerja? Juga jangan lupa bertanyakan pada dia dari mana sumber yang membolehkan dia tergolong dalam senarai di atas?

Sumber dicuplik di sini.

Jumaat, 2009 Mei 29

DI SEBALIK TABIR MALAM PESTA JIWA

Luahan hati salah seorang sahabat yang terlibat secara tuntas dalam Malam Pesta Jiwa. Di sini.

Khamis, 2009 Mei 28

Pekan Frinjan 2.0

Jemputan ke Pekan Frinjan di Laman Menara Jam Dataran Shah Alam pada Sabtu 30hb Mei 2009

Dengan segala hormatnya dijemput semua untuk turut memeriahkan acara Pekan Frinjan: Edisi Mei yang mengenengahkan aturcara berikut:

3.00 PETANG – 10.00 MALAM FLEAMARKET BARANGAN D-I-Y

Buku Independen / T-Shirt / Muzik & CD Demo /

Pelbagai Kraf DIY

5.00 PETANG BACAAN PUISI JALANAN oleh:

Adam Kasturi / Dila Raden / Shaira Amira /

Uthaya Shankar / Vovin / Fazleen / Rahmat Haron

8.00 MALAM GIG AKUSTIK “RONDO ASFALT” oleh:

Pak AGI / Arus / Wani Ardy / Mysthicus / Jayzuan /

Beeha / Dewangga Sakti + Zul / Meor / Nik + Black

SEMUA ACARA ADALAH PERCUMA!

Pekan Frinjan adalah salah satu inisiatif kelompok independen bertujuan untuk membudayakan masyarakat. Ini dilakukan dengan membawa pelbagai aktiviti seni dan kebudayaan terus kepada masyarakat umum, khususnya di laman massa dan jalanan. Dengan mempersembahkan seni dan budaya dalam bentuk “pop”, diharapkan masyarakat akan terus mahu mendekati bahan berteraskan intelektualisme. Ini penting dalam membentuk sebuah negara dan persekitaran bertamadun yang tidak hanya mementingkan pembangunan ekonomik semata-mata.

Sokongan pihak tuan dalam menjayakan usaha ini amatlah dialu-alukan, dan kami dahulukan dengan ucapan terima kasih.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

019 389 3804 : Zulhabri | 012 682 8058 : Alina Abdullah | 012 231 1584 : Amir Muhammad

Memorandum Untok Pembaikan Sistem Pendidikan Nasional

Diambil dari blog saudara Kassim Ahmad.

1. Pelajaran Bahasa Kebangsaan, Bahasa Ibunda dan Bahasa-bahasa Lain

Tiga tahun pertama di sekolah perlu ditumpukan kepada pengajaran Bahasa Kebangsaan, dan Bahasa Ibunda (bagi murid-murid bukan-Melayu). Bahasa Inggeris sebagai bahasa asing yang terpenting diajar pada tahun ketiga. Amalan sekarang mengajar Bahasa Inggersi dari tahun pertama telah menenggelamkan Bahasa Kebangsaan/Bahasa Melayu. Ini salah dan harus diperbetulkan segera.

2. Pelajaran Bahasa-bahasa selain Inggeris

Bahasa-bahasa asing, selain Inggeris, (Arab, Tamil, Mandarin, Perancis, Jerman, Rusia dan lain-lain) boleh diajar dari Tingkatan III selama 2 tahun. Tujuan pelajaran bahasa-bahasa ini untuk mendidik mereka yang ingin melanjutkan perlajaran yang memerlukan bahasa-bahasa ini, atau yang ingin memasuki Perkhidmatan Diplomastik. (Bahasa-bahasa Mandarin dan Tamil diajar untuk menggalakkan perpaduan kaum di Malaysia.)

sambungan ->

Rabu, 2009 Mei 27

Idea bangang!

Apakah jika kita mengkritik seseorang (baik orang besar mahupun orang kecil) yang berbeza kaum dengan kita tentang sesuatu perkara yang munasabah dan logika, maka kita dituduh sebagai seseorang yang mengamalkan dan sedang menyalakan api perkauman? Rupa-rupanya masih juga wujud idea-idea bangang seperti ini!

Selasa, 2009 Mei 26

Perkusi Gatra

Khamis, 2009 Mei 21

Malam Pesta Jiwa di Suara Keadilan Bil 182

Terima kasih buat Saudara Adam Baskaran kerana telah memuatkan acara seni yang kecil ini di dalam artikel beliau yang berjudul Konsep santai : Kesenian yang merakyat di ruangan budaya. Program indipendent Pekan Frijan yang akan berlangsung pada 30 Mei ini turut diulas di bawah judul yang sama.

Nota : InsyaAllah jika dimurahkan rezeki aku akan buat lagi program yang macam ini. Aku harap sangat Meor Folk, Hanem YKP, Pyanhabib, Tukar Tiub, Kamal Sabran, Rahmat Haron, Black, Nan Blues, Nik bin Jidan, Ape Ajela, Pojok Riang-riang, Azmyl Yunor, Airmas dan teman-teman lain akan turut bantu.

Rabu, 2009 Mei 20

Apa Ajela


Apa Ajela

Sahabat ketika sama-sama balik Ipoh
sahabat ketika sama tak berduit
sahabat ketika kereta mati petrol habis
sahabat ketika lapar tengah-tengah malam
sahabat ketika hantar barang pada customer
sahabat ketika beli barang daripada supplier
sahabat ketika pergi nonton bola di stadium
sahabat ketika pergi nonton bola di Restoran Asraf
sahabat ketika aku beli buku-buku baru
sahabat ketika tengok wayang,
sahabat ke KL,
sahabat ke Kedah,
sahabat Malam Pesta Jiwa
sahabat yang hutangnya masih belum aku lunaskan lagi (nanti gua bayar bro)
dan lain-lain lagi lah aku pon tak ingat.
Banyak sangat.

Sahabat ini dah buat blog sendiri dah... Kamu pergi sahaja ke blog dia... bagi comment banyak-banyak. --> http://jenamamanusia.blogspot.com/

Nota : Dia guna gambar Andrian Smith...

Syurga Kiamat


Melihat pada kedua-dua judul filem tersebut pun kita sudah tahu. Yang di atas 'surga' dan yang di bawah 'kiamat'. Kedua-duanya perkara yang kita tidak nampak. Meskipun begitu kedua-duanya pasti berlaku dan saling memerlukan.

Filem Syurga Cinta merupakan disutradarai Ahmad Idham manakala filem Kiamat Sudah Dekat (filem seberang) pula disutradarai oleh Deddy Mizwar. Meskipun dengan judul filem yang berlainan tetapi masih wujud persamaan di antara kedua-dua filem ini. Watak-watak yang terdapat di dalam cerita ini seperti Sang Pemuda yang jahil mahu memikat Sang Dara yang alim dan dibantu oleh Sang Cilik (sebagai watak humor barangkali) dan Sang Bapa Si Dara yang alim dan tradisi.

Mungkin jalan cerita filem Syurga Cinta agak berlainan berbanding dengan filem Kiamat Sudah Dekat tetapi matlamat dan yang paling penting idea itu dicuplik bulat-bulat dari filem seberang. Pun begitu, penerbitan tidak memberi kredit kepada filem Kiamat Sudah Dekat tetapi bagi sebahagian penonton yang telah menonton filem Kiamat Sudah Dekat pastinya tahu dan merasai kebersamaan filem-filem tersebut.

Industri filem Melayu atau filem Malaysia akan lemah dengan idea-idea plagiat ini. Jadilah diri sendiri. Jangan hanya mementingkan keuntungan semata-mata. Dengan perbuatan begini sampai bila-bila pun industri filem Malaysia tak akan maju.

Aku sendiri pun tak pernah menonton filem Syuga Cinta ini. Ye lah pembukaan tayangan pun 21 Mei (esok) ni. Yang pasti nya aku tak akan tonton filem plagiat sebegini. Tak membina. Kamal Sabran pun tak pandang langsung filem sebegini. Sutradara tersohor Kamal Ariffin pun buat tak tahu aje. Tapi kalau kamu nak tengok jugak terserah. Duit kamu.

Selasa, 2009 Mei 19

Space Gambus Experiment @ Homegrown Space

Space Gambus Experiment will be performing live at Homegrown Space this 23rd of May 2009, 3.30pm. FREE!

*The Homegrown Space is part of an on-going project to encourage undiscovered and budding talents to join the Homegrown movement to promote and grow the local art scene. It is a dedicated “space” for artists from all walks to nurture and showcase their art.
It is a way for the company, Homegrown, to give back to the community by providing a positive and conducive environment for performances and giving artists a platform to showcase what they can do and what they are about.

Sabtu, 2009 Mei 16

Selamat Hari Guru

Guru O Guru

BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepalang ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi

(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat “cik gu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

Usman Awang
1979

Nota : Selamat hari guru kepada mereka yang benar-benar menjadi guru...